Wira menghentikan Lelongan Awam

" Berhenti.! "jerit saya sebaik saya membuka pintu bilik lelongan tersebut.

 

Pelelong terhenti daripada memukul tukulnya...semua yang hadir terdiam sambil menoleh ke arah saya

Tergamam...

Ternganga...

 

 

 

Termasuklah kalian. Hehehehe...

Did you really buy that? C'mon....

 

 

Begini ceritanya..... Kejadian ni yang berlaku beberapa tahun lalu...

 

Client itu client lama.

 

Dua hari sebelum tu dia ada menghubungi saya dan memaklumkan bahawa rumahnya di Klang akan dilelong oleh pihak Bank kerana telah gagal membuat bayaran pinjaman bank. Dia pula pada waktu itu berada di Sabah kerana bekerja di sana.

 

Saya telahpun menghubungi pihak bank untuk bertanyakan prosedur bagaimana untuk mengelakkan lelongan daripada  berlaku. Jawapan En Z  mudah sahaja. Buatlah bayaran dan kami tidak akan lelong katanya.

 

Memandangkan firma saya bukan panel bank, maka saya tidaklah  arif tentang prosedur lelongan awam. Kebiasaannya saya dilantik oleh  "Successful Bidder " iaitu orang yang telah pun berjaya membina untuk membeli rumah yang telah dilelong untuk menguruskan perihal pembelian rumah tersebut.

 

Jadi apabila Bank memberitahu saya hanya perlu bayar dan lelongan akan dihentikan, maka itulah juga yang saya sampaikan kepada client tersebut.

 

Hari itu adalah hari Jumaat. Iaitu hari terakhir pembayaran perlu dibuat. Jika gagal Pejabat Tanah Klang mungkin akan melelong rumah tersebut pada minggu berikutnya.

 

Pagi itu kepala saya sakit pula. Mungkin terlalu banyak mengadap handphone, maka  vertigo saya menjengah pagi itu.

 

Jadi saya pun meminta kerani saya untuk pergi ke pejabat tanah untuk mendapatkan kepastian tentang adakah lelongan akan dihentikan sebaik bayaran diterima oleh pihak bank. Saya juga telah berpesan kepada client untuk standby membuat bayaran pada hari itu.

 

“Kak Wati, pejabat tanah cakap kena ada surat bank dan surat peguam baru mereka menghentikan lelongan." terkejut saya terus terduduk dibuatnya.  Saya ingat vertigo saya pun turut lari bertempiaran ketika mendengar perkhabaran tersebut.

 Surat bank?

Surat peguam?

" Apa tu?!"

" Entah pejabat tanah kata kena bagi mereka sebelum pukul 3 petang ni”

 Whattt??!

 Saya menoleh ke arah jam- Pukul 10:00 pagi.

 

Terus saya bangun mandi dan bersiap. Saya sarung jelah jubah yang tak perlu digosok. Jubah memang penyelamat bukan? …

 

Saya belum ada plan. Cuma yang saya tahu " I have to do something!"

 

Terus saya hubungi En Z  dan bertanyakan apakah surat yang pejabat tanah perlukan tersebut.

 

En Z   tidak tahu- Dia tidak tahu prosedur..OMAIGAD. Jadi apa yang kau bagitau aku 2 hari lepas tu haaaa??? Rasa saya telah menjerit begitu di dalam hati. Cool Wati.. leek…leekk..pujuk saya sendiri.

 

"Puan cuba call no ni 03.....dan bercakap dengan pegawai kami Puan Anita (bukan nama sebenar)…

Tu pun kalau puan dapat call dia sebab dia selalu sibuk" sambungnya.

 

Dapat atau tidak, sibuk atau tidak bukan piihan yang saya ada waktu itu.  Saya terus mendail nombor tersebut.

Setelah 2x percubaan saya dapat bercakap dengan Puan Anita.

 

Dia menerangkan kepada saya bahawa sebaik bayaran dibuat, pihaknya akan mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan untuk mengarahkan peguam mereka untuk menyediakan satu dokumen yang saya pun dah lupa apa namanya dan dokumen itu perlu ditandatangani oleh pegawai mereka. Dan dokumen tersebutlah yang diperlukan oleh pejabat tanah tu.

 

So 1st step-bayar tunggakan…

Then- setelah bayaran diterima, bank arahkan peguam buat sejenis dokumen…

Then- dokumen itu perlu ditandatangani oleh pegawai bank…

dan finally dokumen yang telah siap ditandatangan itu perlu dihantar ke pejabat tanah sebelum pukul 3 petang.

Got it!

 

"Tapi Puan tu nanti akan terpulanglah kepada pejabat tanah sama ada akan menghentikan lelongan atau tak.." kata penutup Pn Anita seakan melemahkan jiwa saya.

 

"Takpe pejabat tanah beritahu saya mereka akan hentikan lelongan sebaik sahaja terima dokumen bank tersebut. Jadi kelulusan boleh segera kan?"

 

"Tu bergantung kepada pegawai kami macam mana tapi biasanya cepat lah. Tapi akan terpulang juga pada pejabat tanah lah sama ada nak hentikan lelongan atau tidak" dia ulang lagi..

 "Ni pun hari ni dah hari last tak tahulah sempat ke tak.." sambungnya.

..C'mon? Are you that positive it's going to be negative?-bisik saya di dalam hati.

 

Mujur hari itu suami ada. Jadi ada la orang yang boleh memandu sementara saya berfikir. Jadi 1st destination selepas bayaran dibuat adalah ke pejabat peguam. Tapi siapa dan di mana peguamnya tu?

 

Sebaik sahaja client membuat bayaran di cawangan Bank di Sabah saya menelefon Kembali En Z  untuk memaklumkan tentang bayaran dan prosedur yang diterangkan oleh  Pn Anita tadi.

 

 "Baik, saya akan dapatkan kelulusan dan beritahu puan kemudian siapa peguam yang akan uruskan"

Sementara menunggu, saya minta suami memandu perlahan menuju ke KL kerana Bank tersebut memang di KL cuma peguam tersebut tidak pasti siapa dan di mana.

 

Tak lama kemudian Bank menghubungi  saya bahawa mereka telah mengarahkan Firma X untuk menyiapkan dokumen tersebut dan firma tersebut berada di Wangsa Maju.

 Saya terus menelefon Firma X dan memberitahu mereka saya akan sampai di sana dalam 40 minit lagi.

Sebaik saya sampai dokumen sedang disiapkan. Mereka pelik sebenarnya sebab saya pula yang datang untuk mengambil dokumen tersebut kerana  kebiasaannya pihak mereka sendiri akan menghantar dokumen tersebut ke bank. Saya katakan saya perlu hantar ke pejabat tanah hari ini juga untuk mengelakkan rumah tersebut dilelong.

 

Surat telah siap. Jam menunjukkan pukul 12.45 tengahari. Saya tak punya banyak masa lagi.

 

Saya memaklumkan kepada suami bahawa saya perlu naik LRT kerana hari Jumaat ni jalan menuju ke KL adalah jem teruk dan azab . Ditambah pula Bank tersebut berada betul-betul bersebelahan di LRT Masjid Jamek, jadi LRT adalah pilihan tepat. Dan saya meminta suami menjemput saya nanti  di LRT Glenmarie sahaja nanti sebaik urusan di Bank selesai. Lagipun suami juga perlu pergi menunaikan solat Jumaat.

Jadi suami menghantar saya ke LRT Wangsa Maju- Mujur panadol yang saya makan pagi tadi dapat menidurkan vertigo saya.

 

Saya sampai di Bank beberapa minit selepas pukul 1. Saya tahu sudah lunch hour. Solat Jumaat pula tu. En Z yang telah tahu ketibaan saya  meminta saya menunggu sehingga solat Jumaat selesai. Saya hanya mampu berdoa sahajalaahh masa tu .

 

Nasib baik selesai solat Jumaat  En Z pun menangguhkan lunchnya.

En Z membawa saya  naik ke tingkat atas bersamanya.

Di atas saya bertemu dengan Puan Anita. OOoooOOOO… dia ke yang  sign dokumen tersebut. Jadi mengapa dia takutkan saya seolah-oleh perkara sangat di luar bidang kuasanya..- Benda boleh disusun kan...Kita cubalah dulu.

 

Saya tidak mahu membuang masa dengan "small talk" yang cuba dimulakan oleh Puan Anita dan En Z. I don’t have much time left!

 Saya berlari menuju ke LRT. Lantaklah dengan jubah pun.

 Destinasi saya seterusnya adalah LRT Glenmarie di mana suami saya telah siap menanti.

Dan kemudian kami terus menuju ke pejabat tanah.

Jam tepat menunjukkan pukul 3.00 petang pada waktu saya memberi dokumen kepada pegawai pejabat tanah yang ditemui oleh kerani saya pagi itu.

Berkerut dahi Puan tersebut dengan memandang saya dengan pandangan yang sukar untuk saya baca.

 

“Saya kene telefon dulu lawyer ni untuk pengesahan” katanya. Oh..so dia sebenarnya tak percaya la tu agaknya macam mana dokumen yang dia baru minta pagi tadi tiba-tiba dapat sampai ke tangannya tepat pada masanya.

 

Lebih kurang 7 minit kemudian pegawai tersebut keluar dan memaklumkan bahawa dokumen adalah sah dan diterima.

 

" Jadi Puan, rumah ni tak jadi lelonglah ye?” saya tanya juga ingin kepastian maksimum.

 

"Ye, kita tak lelong. Kita tutup file” ujarnya…..Alhamdulillah…syukur.

 

 Jadi…. Yang penting kita cuba, kita redah kita tawakkal. Saya bersyukur saya dapat menghentikan lelongan tersebut. Client juga amat berterima kasih kepada saya. Berkat kesungguhan dan komitment yang tinggi serta sentiasa berfikiran positif amat membantu saya menyelesaikan permasalahan client pada waktu itu. Pesan saya, jangan kita takut dengan  sesuatu yang pada ketika itu tidak berada di dalam pengetahuan kita, sebab tak mungkin kita akan tahu tentang semua perkara. Saya pun tidak tahu apa yang saya buat itu akan mendatangkan hasil positif, tapi saya cuba dulu. Yang penting once we’ve  put our mind into something, we strive towards it!