Perkhidmatan Kami

Kami menawarkan perkhidmatan undang-undang yang menyeluruh dengan memberi penekanan kepada ketelitian, kejelasan dan penyelesaian yang praktikal. Setiap perkara dikendalikan berdasarkan keperluan dan keadaan khusus klien, dengan matlamat untuk memberikan nasihat yang jelas serta tindakan undang-undang yang teratur dan berkesan.

A signed contract document with a black and silver pen resting on top.

Hartanah & Conveyancing

Kami mengendalikan pelbagai urusan berkaitan hartanah, termasuk perjanjian jual beli, pindah milik, pembiayaan, pelepasan gadaian, penyewaan serta dokumentasi berkaitan. Setiap transaksi diberi perhatian secara teliti bagi memastikan kepentingan klien dilindungi dan urusan dapat dilaksanakan dengan lancar serta teratur.

Legal documents and folders labeled 'Probate' and 'Will' on a wooden desk, with an estate planning document, glasses, and pen, and a judge's gavel in the background.

Probet & Pentadbiran Pusaka

Kami membantu klien dalam urusan probet dan pentadbiran pusaka, termasuk permohonan Geran Probet, Surat Kuasa Mentadbir, pengurusan dan pembahagian harta pusaka serta perkara berkaitan waris dan benefisiari. Kami memahami bahawa urusan pusaka sering melibatkan proses yang rumit dan sensitif, justeru setiap perkara dikendalikan dengan teliti, jelas dan berhemah.

A judge's gavel, a pair of metal handcuffs, and a closed law book on a dark surface.

Litigasi Sivil & Pembelaan Jenayah

Kami menyediakan khidmat nasihat dan representasi dalam pertikaian sivil serta perkara jenayah, daripada peringkat awal pertikaian atau siasatan hingga ke prosiding mahkamah. Pendekatan kami memberi penekanan kepada penilaian fakta dan undang-undang secara menyeluruh, penyediaan kes yang rapi serta strategi yang bersesuaian dengan kedudukan dan kepentingan klien.

Contact us

Interested in working together? Fill out some info and we will be in touch shortly. We can’t wait to hear from you!